PENGENALAN
Kesultanan
Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu
Parameswara pada sekitar tahun 1400. Apabila Parameswara telah Berjaya
membentuk Melaka baginda telah menyusun strategi seperti sistem pemerintahan
yang teratur, menjadikan Melaka Bandar pelabuhan, hubungan diplomatik serantau
dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep ‘ikatan daulat’ baginda telah
berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan
orang Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka telah menjadi sebuah Negara
Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada 1409 dengan menggunakan gelaran
Sultan Iskandar Syah. Kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintah
selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur
Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu
abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
ASAS PENGENALAN ISLAM
DI TANAH MELAYU
Islam adalah agama
universal yang datang dari Allah SWT untuk semua manusia.Ia memberi sinar
kepada manusia dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan
panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sianr
islam turut dirasai oleh penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha
menyebarkan Islam. Usaha ini membuahkan hasil yang dapat disaksikan hingga hari
ini kerana tugas penyebaran Islam dipertanggungjawabkankepada setiap umat
Islam, tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan jawatan.Justeru itu,
kini umat Islam berada di serata dunia dan terdiri dari pelbagai bangsa dan
warna kulit. Keberadaan Islam di rantau Alam Melayu yang terdiri
dari daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina satu
imej baru kepada masyarakat rantau Melayu.Alam Melayu berjaya menampilkan
sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah kedatangan Islam ke rantau
ini.Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai
bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-undang,
kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian budaya serta
sosial.Kejayaan ini berjaya dibina oleh generasi awal berasaskan fahaman agama
Islam yang berteras tauhid.Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pencapaian
dan kepintaran zaman tersebut yang banyak bergantung kepada bahan alam yang
tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya. Masyarakat Melayu tetap
bergerak aktif dan mampu berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain
seperti bangsa Cina dan India. Umat Melayu mampu membina satu jati diri bangsa
yang disegani dan menjadi contoh teladan.
- · MELAKA KERAJAAN AGUNG
Antara faktor yang menyebabkan Islam berkembang dengan
pesat di tanah melayu adalah kerana Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan
Agung. Islam adalah agama universal yang datang dari Allah SWT untuk semua
manusia.Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun ke arah
kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan
peranan akal manusia. Sianr islam turut dirasai oleh penduduk di rantau Alam
Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam. Usaha ini membuahkan hasil yang
dapat disaksikan hingga hari ini kerana tugas penyebaran Islam
dipertanggungjawabkankepada setiap umat Islam, tanpa mengira bangsa, warna
kulit, keturunan dan jawatan.Justeru itu, kini umat Islam berada di serata
dunia dan terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit.Keberadaan Islam di rantau Alam Melayu yang
terdiri dari daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina
satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu.Alam Melayu berjaya menampilkan
sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah kedatangan Islam ke rantau
ini.Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang
yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-undang,
kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian budaya serta
sosial.Kejayaan ini berjaya dibina oleh generasi awal berasaskan fahaman agama
Islam yang berteras tauhid.Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pencapaian
dan kepintaran zaman tersebut yang banyak bergantung kepada bahan alam yang
tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya. Masyarakat Melayu tetap
bergerak aktif dan mampu berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain
seperti bangsa Cina dan India. Umat Melayu mampu membina satu jati diri bangsa
yang disegani dan menjadi contoh teladan.
- PERKAHWINAN
Faktor yang seterusnya adalah
perkahwinan.Perkahwinan adalah antara faktor yang utama perkembangan islam di
Nusantara. Agama islam dikembangkan menerusi ikatan perkahwinan diraja.Raja-
raja dari negeri lain dengan puteri-puteri Sultan Melaka selepas memeluk Islam
dan perkahwinan ini dipanggil perkahwinan sasah.Proses ini turut membantu penyebaran Islam ke
sesebuah Negara
- Sebagai contoh seperti perkahwinan Puteri Pasai sengan Megat Iskandar Syah telah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka
Agama
islam bertambah kukuh apabila ramai saudagar yang beragama Islam berkahwin
dengan wanita Melaka.Perhubungan keluarga telah memudahkan para perdagang islam
berdakwah secara terus denagn kaum kerabat mereka sendiri.Selepas perkahwinan
saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada:
- Isteri
- Keluarga isteri
- Masyarakat tempatan
Apabila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam dengan mudah, Islam dengan cepat ia berkembang di kalangan rakyat bawahan.Melaka sebagai pusat perkembangan agama Islam yang utama, dapat mengembangkan di tanah-tanah jajahan takluknya seperti:
- Siak
- Inderakiri
- Rokan
- Pahang
- Perak
Perkahwinan
Islam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama
dalam penyebaran islam ke seluruh alam melayu.
- · KEBIJAKSANAAN SULTAN
Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara
yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar
yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal balairung seri, 40 orang bentara yang
menjalankan perintah raja dan melantik biduanda kecil. Kemudian untuk
melicinkan urusan negara Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang
dikenali sebagai Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan,Pembesar Enam Belas,
Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur.
Mereka diberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai
‘kawasan pegangqan’.Selain itu, mereka diberi amanah untuk memungut cukai.
Dengan cara ini mereka memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan.
Kesannya apabila pentadbiran berjalan dengan baik Melaka menjadi sebuah Negara
yang aman, mempunyai penduduk yang bersatu padu, kuat dan agak sukar untuk
pihak musuh menguasai Melaka.Kesultanan Melayu Melaka bijak menyelesaikan
perbalahan antara rakyat, menjaga keamanan dan keselamatan negeri.Sultan juga
mempunyai tokoh pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak.Bendahara
Tun Perak Berjaya mengalahkan serangan Siam serta bijak membantu dan menasihati
sultan menjadikan Melaka kuat dan dapat meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.
- · PERDAGANGAN
Melaka
telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah
Melaka menjadi negara Islam,kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan
Brunei melalui cara yang sama.Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar
Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah
sendiri.Mereka suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya
bergantung kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar
tersebut.Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat
dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan
Jawa beramai-ramai datang ke Melaka menjalankan perniagaan dan ada di antaranya
menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha
memperkenalkan Islam di Jawa.Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam
telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan
oleh Melaka.Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan
oleh beberapa orang sarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa
agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang
telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa
proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh
pedagang-pedagang yang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan
wanita-wanita setempat.N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau
menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses
penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau
juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang
Islam.Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa,
apabila peniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah
setempat, sedikit demi sedikit mereka dapat menguasai politik negeri
berkenaan.Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan
perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi . Pedagang-pedagang Islam
dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah
Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan . Selain menjadi
perdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di
kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan
kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah
yang berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki
kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan
yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.
- Ajaran Islam yang mudah
Orang Melayu secara beramai-ramai sukarela memeluk Islam
adalah disebabkan ajaran yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan
sistem kasta dalam umat manusia yang dibawa oleh Islam.Keadilan dan kebebasan
yang tidak membezakan warna kulit dan darah keturunan, menarik minat mereka
dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat pada masa itu.Islam
menekankan cara pergaulan yang baik,cara berpakaian, makan dan
sebagainya.Ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan
rohani, ia dianggap sebahagian dari iman.Aspek ajaran Islam itu lebih mudah
telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat mengatasi perkembangan agama
Hindu.
- · Kesusasteraan
Masyarakat telah menggunakan bahasa Melayu sbagai bahasa gabungan utama. dengan adanya satu bahasa kegiatan menyebarkan islam menjadi lebih muda dan dengan adanya tulisan jawi, dapat memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat mengasai tulisan mereka.Terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada cerita-cerita nab, mengagumkan mubaligh-mubaligh Kristian yang gagal menjalankan usaha mereka. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar serta tempatan teah menghasilkan karya-karya yang berunsut Islam sama ada dalam bentuk asli atau terjemahan. Karya-karya ini mengandungipelbagai unsure yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran Islam contohnya batu bersurat
- · Kesan Perang Salib
Sumber
- http://islammelayumelaka.blogspot.my/
- http://islammelaka.blogspot.my/
- http://anisazwani1998.blogspot.my/2016/09/faktor-faktor-perkembangan-agama-di.html
- http://myfitrishamira.blogspot.my/
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa faktor-faktor ini telah membawa pengaruh yang cukup besar terhadap perkembangan Islam secara lebih pesat dan berkesan di Melaka. Antara sebab-sebabnya ialah melalui perdagangan, perkahwinan dan penaklukan. Bahkan, ia turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pusat-pusat perkembangan Islam yang utama di Melaka. Oleh yang demikian, kita haruslah berganding bahu dalam mempertahankan agama Islam yang telah lama bertapak di Malaysia. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment